Ahad, 27 Mei 2012

BURGER BESAR DI ANJUNG 7, SHAH ALAM

Assalamualaikum,

Pernah dengar BURGER BESAR? Daging 'patty' burger berat 500gm - 1kg? Roti besar pinggan makan?

Ha, semalam FS (Food Searcher) makan burger ni kat Shah Alam. Lokasi kat Anjung 7, Shah Alam Seksyen 7 (dekat sebelah Unisel). Selain Burger Besar, tempat ni ada macam-macam gerai seperti Beriani Arab

Beriani Arab (pernah masuk Program Warung Kita)
Laksa Johor, Mee Udang KL, D'Attap Cafe (makan tomyam atas atap), Nasi Kukus Ayam Berempah dan banyak lagi. Tapi yang jadi daya penarik adalah kedai resepi YB (Burger Yazid).

 
Burger dia memang besar. Bawah ni tempat grill 'patty' yang saiz 500gm (burger biasa baru 60-70gm sekeping), yang atas tu 1 kg punye 'patty'.






Brother ni start buka gerai pukul 5.30 ptg. Kena datang cepat, kalau tak kena tunggu lama ler..FS pun tunggu dekat sejam. Kedai ni pakai sistem no giliran. Isi resit pesanan, tinggalkan no phone dan diaorang akan call bila dah siap. Ok tak? Tapi berbaloi-baloi utk tunggu. Daging memang dari lean beef (maksudnya kurang lemak). Lepas tunggu sejam, inilah hasilnya.

Lapik bawah tu lapik kek sebenarnya dan dia bungkus pakai kotak kek. Bayangkan besarnyer... Harga burger ni 500gm (RM20) tapi boleh makan 2 orang (kalau kuat makan) dan 3 orang (kalau diet ler).


Selamat mencuba.

"I could talk food all day. I love good food. "
"I like to eat and I love the diversity of foods"







Isnin, 21 Mei 2012

Nasi Ayam Gemas Mustafah (Persiaran Diplomatik)

Jalan kat Putrajaya baru-baru ni, ingat nak cari tempat makan 'spesial'. Tiba-tiba nampak ...
Dulu kedai ni asal dari Gemas, sekarang dah ada kat Putrajaya. Dekat dengan Mydin Mart Persiaran Diplomatik. Jom tengok apa hidangan special.


 Ini hidangan mesti makan kat nasi ayam gemas ni, nasi ayam goreng. Atas ni untuk dua (2) orang makan, harga RM8.00. Banyak, boleh tiga orang makan (kalau tak kuat makan).


Tambah nasi RM 1.50/sepinggan. Boleh minta sup kaki ayam yang panas-panas...