Baru-baru ni FS pergi ke Tg Malim. Tak tahu Tg Malim? Terkenal dengan UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris). Tapi kali ni FS pergi ke satu kedai yang tak kurang 'happening' iaitu Easy Cafe.
FS order Easy Cafe Chicken Chop (RM 12) + Mushroom sauce.
Wife order Meehoon Tomyam Seafood (RM 7.50). Udang, sotong, crab filament dan lain-lain cukup meriah.
Anak pulak order Mushroom Soup (homemade, mushroom chunk besar-besar) boleh nampak dalam gambar ni.
Dan order Garlic Bread (RM 4.50). Lembut dan sedap. Anak laju jer makan, kena pulak cecah dengan mushroom soup.
Makanan Easy Cafe ni adalah fusion style dan berpatutan.
Tu yang ramai student melepak kat sini.
Masa FS pegi, ramai family yang makan kat sini (lepas gaji ler kater kan).
Pekerja dia macam lipas kudung, kejap-kejap customer panggil (termasuk ler FS).
Pesanan yang dibuat sekejap jer dah sampai. Effisien pekerja dia.
Lokasi dekat simpang UPSI, ambil kiri dekat traffik dan tengok dekat-dekat Bank Rakyat sebelah kiri.
Datang ler untuk rasa sendiri makanan.



